Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau.
Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbedar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.
Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang
Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang
Pekan Merlimau seperti photo dibawah:
Sumber kedua: Cerita Keturunan Bugis
1511 Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".
Bugis Merlimau
Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan Pahlawan Bugis. Bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun 1511 pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau. Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.
copy and paste from http://ms.wikipedia.org/wiki/Merlimau.
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"