view this here

16/04/16

Khasiat Saffron

Sebelum ini Abg Riz ada memperkenalkan herba termahal didunia ini iaitu koma-koma atau lebih dikenali sebagai Saffron dalam bahasa Arabnya Za'faran. Kalau kita menonton rancangan masakan di kaca tv pasti akan melihat chef tersebut memasukkan saffron terutama di dalam rancangan Spice Routes di TV3.

Kali ini Abg Riz ingin berkongsi kelebihan atau khasiat saffron ini. Apa ya khasiat atau kebaikannya? mahal-mahal tak akan la tak ada khasiat bukan? okey scroll down lagi...


Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.

 Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

 Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

KHASIAT SAFFRON : 

 Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan
Selain membantu mendapatkan bayi yang comel, cerah, gebu, sihat dan pintar, ia juga berfungsi untuk:
-Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.

-Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
-Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
-Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
-Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

-Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B
-Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
-Menambahkan tenaga zahir dan batin
-Masalah mati pucuk, sembelit
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
-Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain                     

Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0