Semakin kita hampir sampai ke puncak kejayaan makin besar dugaan yang kita terima. Dugaan hidup yang kita lalui bukan kita seorang sahaja yang hadapinya cuma tiap orang lain dugaan mereka. Sambil kita duduk berseorangan, kita fikir apa lagi yang kita tidak laksanakan hingga pada satu tahap kejayaan itu makin hampir tapi ada segala macam perkara yang menganggu kejayaan kita itu. Permulaannya sudah nampak. Klimaksnya cuma disitu sahaja. Bukan kita tidak usaha, cuma selepas klimaksnya tiada pengakhirannya. Kita cuba merungkai dan merobek satu persatu apa yang masih kita belum laksanakan sehingga kejayaan kita disekat dan terus disekat. Memang kita berharap pada sesuatu itu tinggi, tapi dengan berharaplah kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan. Sabar dan terus bersabar. Kejayaan itu pasti milik kita yang penting kita usaha dan terus berusaha bagi mencapai kejayaan tersebut. Terus kuat dan jangan pandang belakang, teruskan percaya apa yang kita sasarkan dan abaikan atau hiraukan apa orang lain cakap. Masa kita ingin memulakan sesuatu ramai mulut orang yang akan berkata "itu tak bagus, ini tak bagus" hakikatnya bila kita berjaya kelak mesti mereka akan memuji dan menyanjung kita. Pabila kita sudah senang, mereka cakap kita ni lupa mereka sedangkan mereka tak nampak dan mereka tak ada pula semasa kita terjatuh tergolek. Ada pula yang rasa diri itu bagus atau baik sangat sampai dengan siapa dulu mereka kenal dah pandai jatuh hukum dan mulalah cari keselesaan baru macam kita ni mundur atau nak menjatuhkan mereka. Ini semua 'Sembangggg...'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Advertisement
google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"