view this here

Mengenai saya





Mengenai Saya: 

       Nama saya ialah Muhammad Rifaat Al-Ah'Zahrawi.Nama Samaran saya ialah Riz,Faat, At or Rifaat.Saya dilahirkan di Hospital besar Melaka pada 28 Januari 1994 dan dibesarkan di Merlimau Melaka. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya masih belum ada gelaran apa-apa pun didalam dunia Blog ini mahupun di luar sana. Saya cuma seorang pelajar UNIKL sahaja yang akan mencetuskan pemikiran manusia sejagat dan saya juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Logistik (degree) .Kepada Pembaca semua, tujuan saya menjadi penulis Blog ini adalah untuk mengisi masa terluang saya.Sejurus itu dapat juga saya memberi sedikit informasi dan juga memberi kefahaman hidup kepada semua remaja-remaja.Jika didalam Blog saya ini ada menyinggung perasaan para pembaca blog, saya awali dengan MAAF
Jom! Follow instagram saya : Rifaat Zahrawi
     
Harapan:
       Harapan saya ialah, saya berharap saya berjaya dalam hidup dan dapat mendidik remaja-remaja yg telah pun terlanjur hidup dari melakukan perkara-perakara yg 'Liar'. Saya suka menjadikan Nabi Muhammad S.a.w,Al-kawarizmi,Al-zahrawi, Ibnu Khaldun,Tun Mahathir, dan tokoh islam yang lain sebagai sumber inspirasi saya untuk menjadi seperti mereka. Harapan saya yang kedua ialah...semoga saya dapat membalas jasa ibu bapa saya yang selama ini telah pun membanting tulang membesarkan saya dan menjaga saya seperti menatang minyak yang penuh.

Jika harapan tercapai:

      Jika harapan saya tercapai syukurlah kepada Allah s.W.t. Dengan apa yang diberikan kepada saya. Saya akan cuba meningkatkan lagi prestasi saya.

Jika harapan tidak tercapai:

       Jika harapan saya tidak tercapai...saya redha dan bersyukur dengan apa yang setakat ini yang diberi-Nya.Tak akan berputus asa, Berusaha lagi!

Ayat yg selalu menjadi pembakar semangat:

       "Kenapa Orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak?"
           "SedarLah siapa diri kita yg sebenar!"
      "Aku akan Mengalahkan orang2 yang lebih atas!" 
sekian terima kasih!







Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0