Abg Riz ingin berkongsi sedikit mengenai cerita yang berbahaya kepada lelaki. Apa yang bahaya tu ? haaaa...mari baca lagi..
Didalam perhubungan, kita sering sahaja memikirkan perkara yang terbaik untuk melanjutkan hubungan. Ye tak? ok, dalam cerita ini Abg Riz bercerita mengenai kisah lelaki. Perempuan yang baca boleh baca dan memahaminya. Mungkin ada segelintir atau separuh perempuan diluar sana yang setuju dengan apa yang Abg Riz kongsikan. Jika ada apa-apa idea, boleh kongsikan dan tinggalkan komen anda :)
Pertama sekali Abg Riz ceritakan apa yang dimaksudkan lelaki apabila mereka berkata-kata sewaktu marah, sedih , dan sebagainya. Perkara yang perempuan kena tahu ialah lelaki ini biasanya cakap sahaja benda-benda mengarut, bukannya untuk sakiti hati kamu dan lelaki ni tak maksudkan langsung apa yang dilontarkan dari mulutnya. Lelaki ingin perempuan itu faham mengapa dia berkata sesuatu. Cuma perempuan ini dia ada sedikit perasaan yang "bersabar" tetapi hakikatnya cepat melenting walaupun nampak tenang.
Satu hal perempuan ni, dia akan meletakkan dirinya terlampau bawah dan bawah. Contohnya, "Yelaa, saya ni kan tak cantik , tak pandai... tak mengapalah". (dalam situasi tegang ). Lelaki cuba pujuk, pujuk dan pujuk, tetapi perempuan itu tetap keras kepala dan terus merendahkan diri dan terpaksa menyalahkan diri sendiri malahan memerli lelaki tersebut. Dalam situasi ini , lelaki kena bertindak professional dan banyak bersabar. Sebenarnya dalam hal tersebut, lelaki banyak terguris. Apabila lelaki berkata "yelaa..kalau saya ni tak baik, kejam , ape sume ..awak pergilah cari lain ". Haaa.!!! lelaki kena berhati-hati dengan ayat tu. Sebab apa? sebab..ada segelintir perempuan tak suka dengan ayat tersebut.
Ada sesetengah perempuan yang tak boleh terima dengan ayat macam tu. Bagi lelaki, itu adalah ayat biasa dan ayat itu adalah ayat hikmat lelaki. Lelaki keluarkan ayat tersebut adalah untuk melihat seseorang perempuan itu mahu terima dia atau tidak. Jika perempuan itu mahukan dia, perempuan itu mesti akan memujuk lelaki tersebut. Itu bagi perempuan yang memahami lelakilah. Biasa perempuan akan cakap "faham" tapi apa yang dia cakap tak pernah maksudkan pun. Cuma sesetengah la. Bila perempuan itu terus cakap " awak dah halau sayakan? ok saya pergi". Maknanya perempuan itu memang hendak lari dari kamu. Dia sayangkan kamu, tetapi dia sudah semak dan sakit hati dengan kamu.
Apabila dalam situasi ini, let she go. Itu lah hakikatnya. Kita sebagai lelaki tak boleh memaksa. Hal ini kerana, perempuan ni kalau boleh kita kena jaga semuanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Menjaganya seperti berlian. Tak boleh calar, retak, pecah dan sebagainya suapaya harga tak turun. So, lelaki kena bersabar dan jangan pernah mengungkit apa kesalahannya yang lepas dan pada waktu itu. Mungkin ini tidak adil. Tapi itulah hakikatnya seorang lelaki. Bila kita faham perempuan, perempuan akan uji kita. Bila masa kita tak faham, lagi dia merahsiakannya. Bila kita cuba memahaminya, dia cuba buat kita tekanan. Lelaki memang kena banyak bersabar.
Lelaki bila sayangkan seseorang perempuan, kita akan pujuk pujuk pujuk dan pujuk. Kalau perempuan itu tak boleh terima, itu bermakna dia nak pergi dari kita. So, lelaki kena lapangkan dada dan biarkan dia dengan keputusan dia. Hormati dia. Mesti ayat mereka akan keluar seperti ini " awak baik, awak boleh dapat lagi baik" - ayat ni kalau ikutkan sampai bila-bila kita tak akan dapat perempuan yang terbaik. Bhahaha! setiap perempuan kita kenal akan cakap benda sama. Oleh itu, wahai lelaki Abg Riz nak ingatkan, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan sebagainya. Kadang2 ayat yang kita fikir biasa, itu adalah musuh utama. Good Luck! semoga artikel ini memberi idea baharu dan membuatkan anda (lelaki) lebih professional dalam perhubungan. Sekian terima kasih :)
KEEP IN TOUCH, LOVE ITS MUCH!
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"