Haii pembaca setia belog Abg Riz!
Hari ini Abg Riz nak bercerita sedikit mengenai "meluangkan masa".
Abg Riz bila ada masa terluang, Abg Riz suka berkunjung ke kedai-kedai makan yang berada di mana-mana sahaja! hihihi
Abg Riz suka berbuat demikian kerana Abg Riz bukan sahaja dapat merasai makanan di merata tempat malahan dapat merapatkan hubungan bersama rakan-rakan dan dapat menambah idea-idea baharu. Ianya bukan sahaja mendatangkan idea-idea baharu, tetapi ianya juga memberikan Abg Riz ketenangan. Sambil menikmati makanan-makanan disesuatu kawasan, Abg Riz dapat juga menenangkan fikiran dengan melihat keadaan sekeliling. Bukan Abg Riz sahaja boleh buat sebegitu.. Abg Riz rasa anda pun boleh buat! hihihi..
Baru-baru ini Abg Riz ada berkunjung disebuah kedai makan yang terletak di pekan Alor Gajah,Melaka.
Selepas Abg Riz makan cucur udang tu, Abg Riz un berangkat pergi mencari ABC pulaa.. ni atas cadangan kawan karib Abg Riz. ABC ni terletak di Tanjong tidak jauh dari Klebang, Melaka kira-kira 500m. Huhhh.. ni memang la lagi memuaskan dan ABC yang terbaikkk yang penah Abg Riz cuba. Tak percaya?? cubalaaahh! ahaha.. Gambar diatas ialah gambarnya.
Sebenarnya sudah banyak tempat Abg Riz pergi berkunjung, cuma Abg Riz tak sempat nak kongsikan pada kawan-kawan. Maaf taw.. :( .. hihi. Tak pe tak pe, next time Abg Riz ajak kawan-kawan pula ya.. inshaAllah jika ada kesempatan dan tak kesempitan :D pen off
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"