Persoalan di atas biasa terlintas difikiran apabila baring diwaktu malam nak layankan mata untuk tidur. Ianya bukan sahaja kita yang terfikir, persoalan ini biasa ditanya oleh kekasih kita. Setuju?
Persoalan yg di tanya sama sahaja.. "kenapa awak sayang saya? sebab apa awak sayang saya??"
Soalan ini pun dah macam buat kira-kira math guna kalkulator akhirnya jawapan yang dapat hanya "syntex error" ye tak?
Kalau macam tu, marilah saya cerita sikit. Sayang ni tak perlu tanya mana datang puncanya. Kita sudah semestinya tahu perasaan sayang tu Allah S.W.T yang beri. Sayang ni kalau bersebab hanya dua perkara. Pertama, sayang pada keluarga. Bila di tanya sebab apa sayang? sebab dia adik beradik atau sebab parents dan yg kedua sayang pada barang yang istimewa. Bila di tanya sebab apa sayang? sebab barang tu 'special sangat'.
Yang kedua diatas ialah sayang yang bersebab. Sayang yang ni pula sayang yang tak ada sebab dan kalau bersebab mesti jadi tak ikhlas, iaitu sayang pada seorang yang istimewa sudah tentulah kekasih kita. Bila kekasih tanya " sebab apa awak sayang saya?" jawapannya mudah sahaja ...
" Jika saya sayang awak bersebab maknanya saya tak ikhlas sayang awaklah".
Aip! kenapa begitu? haaa... jawapannya adaaa...
" Kalau saya sayang awak bersebab, contohnya saya sayang awak sebab awak cantik. Nanti bila awak dah kemalangan muka dah tak cantik, saya dah tak sayang awaklah. Kalau sayang awak sebab awak kaya. Nanti bila awak dah tak kaya, saya dah tak sayang awaklah. ke gitu?"
Oleh itu, kena faham-fahamlah yee...
Persoalan lagi timbul... kekasih awak bertanya " Awak sayang saya ?" kamu pun jawab " mestilah sayanggg...sayang sangat-sangat!".
Lepastu kekasih awak tanya lagi " sayang saya sangat-sangat tu berapa banyak??" hahha..
ini juga persoalan yang tiada nilai hasil setelah ditambah tolak bahagi darab semua. Jangan risau... kita ada jawapannyaaa..
"Sayang tidak boleh dikira banyaknya, sebab sayang itu cuma perkataan yang ditulis di atas kertas atau disebut secara lisan. Jadi, sayang tu boleh dirasa dan dikira melalui perasaan sahaja. Kalau kamu sayang aku, kamu pun turut sama rasa sayang itu lebih atau pun kurang. Sebab semuanya didalam hati".
Begitulah, sayang itu terbatas dan cinta itu tidak semestinya memiliki. Jadi berbijaklah dalam berkata-kata. Semoga info ini berguna pada semua.
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"