view this here

30/03/13

Cara Memujuk Perempuan Merajuk

Hye! kepada pembaca yang setia :)

    Pada kali ini, Abg Riz ingin berkongsi sedikit ilmu dalam bercinta. Iaitu Cara memujuk perempuan yang merajuk. Abg Riz tak suka bercakap panjang lebar, keep reading...

   Cara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan:
                                                                                   

 SENYUM


      Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat muka tak ada perasaan ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah atau merajuk, teruskan senyum. Senyum pua-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu. 

   Cara yang kedua ialah...:

    BUAT LAWAK

     
Kena tengok 'mood' dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi dan cukup kelakar. Pasti sekejap saja dia merajuk dan selebihnya tergelak dengar lawak kamu.Kalau pun dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati. 





 Cara yang ketiganya pula.. :

                                                                                           BELI HADIAH

     
 Belikan si dia sesuatu ikut kemampuan kamu. Apa yang disukai,minat,idam,benda comel, apa saja. Cuba belikan dia hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik merajuk terus hilang.







                                                   HANTAR SMS/MMS/VOICE MAIL






 Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum. Sekiranya ada simptom si dia merajuk, hantarlah SMS/MMS/voice mail kepadanya. Guna ayat yang menunjukkan kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan? Tapi kalau duduk bersebelahan, takkanlah nak hantar SMS juga. Lebih Baik cakap berdepan.







                                                            BUAT BODOH JE..

      Tip yang kurang disyorkan sebab mungkin akan berlaku perpisahan. Tapi kalau kamu nak mencuba,apa salahnya. Apabila si dia merajuk atau marah,buat tak tahu saje. Tengok reaksi dia, sama ada 'fed up' dan terus 'OK' sebab malas nak layan kerenah kamu atau 'fed up' dan terus tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi, padanlah muka sebab tak pujuk! ahahaha!!! 






                                                                   MERAJUK BALIK

     Boleh diibaratkan macam main tarik tali. Apabila si dia sedang merajuk,cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia. Kalau dia pujuk balik, maknanya dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok kalau kesudahan yang bagus, kalau sebaliknya, tanggung sendiri! selamat mencuba! ahaha~ :D


Diambil dan diubahsuai dari surat khabar Metro


9 ulasan:
Write ulasan
  1. sye cbe merajuk balik dgn si die tpi kne mrh dulu..pstu si die pujuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sume apa yg kita cuba lakukan akan diterima begitu shj ... mngkin ia mengambil masa utk memahami.. :)

      Padam
  2. terbaeeekkkk.....

    BalasPadam
  3. Ada yg best lagi x?? :-P :-P

    BalasPadam
  4. Ada yang best lagi x?? :-P :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah Kami akan terbitkan lagi artikel yg lebih terbaikkkk dari ini mengikut peredaran masa ... :) keep in touch with us .. TQ

      Padam
  5. Kekasih saya susah nk dpjuk asyk2 marah je. Camner nk pjuk.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau anda lelaki, anda perlu belajar memujuk perempuan. Kena banyak bersabar. Sentiasa senyum, jgn ungkit2 apa kesalahan yg telah dilakukan oleh si dia. Jika anda ni perempuan pula, maka.. anda kena fhm, lelaki ni just nak perhatian kekasihnya sgt2!..igt.. bukan prmpuan je nak perhatian. Masing2 klu bgi perhatian.. mmg Molekkk.. take time, bincang ape masalah anda dgn kekasih anda. Itu ialah cara terbaik :) GL!

      Padam

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0