view this here

29/06/13

Berbagai mimpi pelik aku alami

     
 Dalam beberapa bulan ni, aku sentiasa diberikan mimpi-mimpi yang pelik teramat sangat. Mimpi pertama aku ialah aku melihat wajah-wajah orang yang meninggal sedang duduk di atas kerusi yang panjang. Panjang kerusi dan ramainya orang duduk di kerusi itu sepanjang jauh memandang dan pada sejauh mata memandang itu terdapatnya kabus-kabus seperti awan. Kawasannya yang rata dan luas! Aku melihat wajah-wajah orang yang meninggal itu sayup,sepi,sedih, lemah, dan tak berkata apa-apa.

          Mimpi aku yang kedua ialah aku di satu tempat yang gelap diikat pada kerusi. Beberapa orang menarik-narik aku seperti bayang-bayang hitam dan suara mereka amat garau dan lantang. Tiba-tiba seorang daripada mereka mengambil gunting dan mengunting kulit tangan aku. "aduh sakitnya!" aku mengerang kesakitan. Walaupun di dalam mimpi, aku betul-betul dapat merasakan kesakitan yang teramat sangat apabila kulit tangan aku digunting. Tiba-tiba seorang daripada mereka ingin mengunting telinga aku. Hampir sahaja bilah gunting itu pada telinga aku, aku terus sadarkan diri. huhh~

           Mimpi aku yang ketiga ialah aku bernikah. Didalam mimpi itu aku teringin sangat untuk bernikah kerana aku rasa bila aku bernikah aku akan jauh dari maksiat. Mak aku terpaksa carikan perempuan untuk aku. Akhirnya mak aku menemui seorang perempuan yang terima seadanya diri aku ni. Wajah wanita itu putih dan ceria, di situ juga nampak kematangannya. Lagi pun ciri-ciri perempuan yang aku mahukan ada pada perempuan tersebut.

         Mimpi aku yang keempat ialah di kawasan Merlimau ini mengalami tanah runtuh yang terbesar. Keluarga aku berlari ke sekolah yang berdekatan iaitu di SKM (2) untuk selamatkan diri. Bukan sahaja keluarga aku tetapi orang kampung lain pun ada. Di dalam mimpi itu aku tak dapat selamatkan sesiapa pun. Semua sekali tertimbus di bawah runtuhan tanah. Tinggal aku sahaja di bahagian atas. Mungkin itulah Ustazah aku cakap Rif'at bermaksud kedudukan yang teratas. (rasanyalah)

         Mimpi aku yang kelima ialah aku ingin pergi ke rumah bekas kekasih aku. Dalam perjalanan nak kerumah dia, aku melihat di sebelah kanan jalan terdapat kubur-kubur lama dengan pokok-pokok yang mati. Di bahagian kiri jalan tersebut terdapat satu rumah melaka (rumah papan) . Aku berjalan dan terus berjalan. Masa tu waktu malam, suasana suram dan sepi macam "creepy" la. Sewaktu aku lalu di hadapan rumah papan tersebut, aku terlihat di bahagian beranda terdapat bomoh yang sedang sibuk mengubati pesakitnya dengan kemenyan-kemenyan yang berkepuk-kepuk asapnya. Aku toleh kekanan sekejap dan toleh ke kiri semula. Tiba-tiba beranda rumah papan tu gelap gelita dan tiada sesiapa pun. Aku berhenti seketika betul-betul depan pintu rumah papan tersebut. Tiba-tiba sahaja pintu itu terbuka dan terkeluar sepasang tangan yang bersisik. Apa lagi, lantas aku baca ayat kursi. Tangan tersebut terus masuk kedalam dan pintu pun tertutup semula. Seterusnya aku cuba beranikan diri untuk masuk ke rumah papan tersebut. Setelah aku masuk, segala pintu dan tingkap tertutup dengan sendirinya. Rumah itu mula bergoyang-goyang dan lampu kejap-kejap rosak. Apa lagi, aku pun melaungkan azan. Abis sahaja aku azan, rumah itu diam seperti biasa. Tiba-tiba ada yang mengetuk pintu rumah papan itu dari luar. Aku pun membukanya, rupa-rupanya tuan ustaz dengan orang-orang kampung. Semuanya mengucapkan tahniah kepada aku.. (dalam mimpi tu aku tertanya-tanya apa maksudnya)

      Mimpi aku yang keenam pula ialah aku bermimpi seekor kucing yang berbelang-belang itam dan putih, badannya mantap,kuat perkasa, mukanya garang memandang aku. Kucing itu mengelilingi diri aku yang sedang berdiri sambil memandang aku dalam keadaan marah. Aku halau kucing tu, tapi tetap tidak berkesan. Aku pun memberikan salam, "assalamualaikum?" . Tiba-tiba kucing itu berhenti dan duduk diam.

  Demikianlah sedikit cerita mengenai mimpi-mimpi yang aku alami dan sebenarnya ada banyak lagi aku nak kongsikan tetapi banyak yang aku lupa. Aku nak ingatkan, tiap kali nak tidur aku baca doa taw. Tu pun boleh dapat mimpi. Apa-apa pun kalau pak ustaz ke siapa-siapa sahaja yang tahu maksud sebalik mimpi ni bolehlah bagikan jawapannya di ruang komen. Komen anda di alu-alukan Terima kasih :)

Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0