Assalamualaikum kepada pembaca setia blog Abg Riz.. :)
Abg Riz harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria. Untuk pengetahuan anda semua, mengapa Abg Riz post kan entry ni? Abg Riz kongsikan khasiat telur ni adalah kerana Abg Riz setiap hari sebelum tidur akan memakan telur separuh masak ni. Memanglah kegemaran Abg Riz :p Abg Riz dapat tahu yang telur ni ada kebaikannya ...
Rupa-rupanya terdapat hadis yang menyatakan kebaikan makan telur ni! iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang bermaksud :
"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang
kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur." [Riwayat al-Baihaqi]
Pakar perubatan mengakui bahawa telur merupakan makanan yang
lengkap serta tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian
serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga
kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi,
sulfur dan fosforus.Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada
di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai
dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di
samping mempunyai fungsi yang berbeza.
Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi
kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi
mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami
isteri.Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.
Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi:
- Lemah daya ingatan
- Lemah daya tumpuan
- Tumpul minda
- Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.
- Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.
- Sering menguap
- Tidak minat bekerja
- Benci kepada kontradiksi (pertentangan)
- Tidak dapat mengawal amarah
- Lembab atau pasif
- Kanak-kanak degil
Keburukannya:
>Tidak boleh makan secara berlebihan!!!
Cara Makan Kuning Telur:
>Tidak boleh makan secara berlebihan!!!
Cara Makan Kuning Telur:
1. Campurkan telur separuh masak dengan madu lebah
2. campurkan telur separuh masak dengan serbuk lada hitam
3. Campurkan telur separuh masak dengan badam
4. Makan setiap malam sebelum tidur
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"