view this here

23/09/12

Permata Kata

Assalamualaikum? Di dalam tajuk "Permata Kata" ini adalah khas dari kata-kata yang datang dari Abg Riz sendiri, ini original datang dari Abg Riz sendiri...
Berikut ialah Permata kata dari Abg Riz:-

 Untuk pengetahuan anda, jika kita sedar siapa diri anda.. anda tidak akan melakukan segala kesilapan. Apabila anda sedar diri anda.. contohnya sedar siapa diri anda. Anda berkata didalam hati "aku ni dah lah kurang pandai, dah lah nakal, teruknya aku ni.. aku kena ubah diri aku supaya jadi lebih baik. Sebelum nasi menjadi bubur, baik aku ubah diri aku sekarang." itulah adalah yang terbaik. Ini kerana ia dapat mengubah dari kurang baik, kepada yang lebih baik.
 Untuk pengetahuan anda, ada beberapa orang yang suka memikirkan perkara yang positif, ada yang tidak. Tapi kebanyakannya suka memikirkan yang negatif. Oklah, tapi sebenarnya lebih baik positif dan negatif itu anda seimbangkan. Positif sedikit, negatif sedikit. Tak guna juga jika kita sentiasa memikirkan yang positif. Sebab di dunia ini apa yang kita lakukan mempunyai kebaikan dan keburukan. Jika tidak memikirkan yg negatif, perkara yg positif tidak menjadi.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan orang suka menyalahkan takdir tanpa berfikir panjang. Sebenarnya, manusia tidak tahu apa salah mereka. Kadang-kadang ada yang tahu, buat-buat tak tahu. Kegagalan hidup berlaku kerana nafsu kita yang kuat. Takdir boleh diubah dengan berdoa. 
 Kebiasaanya, cinta kita ini kita sangka akan kekal sehingga ke akhir hayat (remaja). Tapi kadang-kadang nafsu itu membuat kita mencintai seseorang. Ia datang dari pandangan mata. Apabila tahap nafsu itu sudah habis atau cukup, cinta itu mula tua dan gugur. Tapi yang sedihnya, apabila kita hanya bertepuk sebelah tangan. Kita sangka sidia mencintai kita, rupa-rupanya tidak. Kita begitu suka bila kita rasa ada orang melayan kita dengan mesra. Jika kita cinta seseorang itu, kita terus luahkannya. Walaupun dia agak geli dan tidak menyukai kita,kita luahkan juga supaya ia tidak membeku dihati kita.
Kawan ialah orang yang rapat dengan kita yang sentiasa berada di sisi kita walau kita berada didalam keadaan sedih,suka, marah dan sebagainya. Jika kita inginkan kawan yang betul-betul setia dan boleh menolong kita, kita mestilah menghormati kawan-kawan kita kerana dengan kita menghormati mereka, kita dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan persahabatan. Selain itu, kita perlulah menjaga perasaan kawan kita dan mestilah bertolak ansur. Didalam hal ini, kita perlu matang dan mesti mencari jalan penyelesaian bila ada pertelingkahan atau salah faham. 
Jika kita ingin menjadi orang yang hebat, yang penting sekali kita perlu menjaga diri kita. Displin diri kita yang penting. Selain itu, jagalah kelakuan kita. Yang paling terutama ialah ilmu, dengan ilmu kita akan berasa sangat hebat! . Tidakkah anda berminat itu? Kita menjadi hebat dalam Kejahatan (gangster), haii...iblis pun tak sejahat kamu semua taw! iblis cuma tak sujud pada Nabi Adam tetapi sujud kepada Allah. Bayangkan manusia yang tak sujud (solat) kepada Allah.Jadi, jika ingin jadi kebal, mestilah jadi seorang yang sopan dan jangan jadi orang yang nakal, dengan kenakalan..kelemahan anda orang lain dapat tahu.


* Dari Permata kata yang saya sediakan diatas, marilah kita sama-sama berfikir. Duduk di tempat-tempat yang tenang dan aman, sambil melihat alam semula jadi ciptaan tuhan, pekenalah dengan air teh O suam. Seterusnya, kosongkan minda cubalah bermeditasi dan fikir perkara yang baik, dan perkara yang tak baik. Kebanyakkan orang Malu untuk melakukan kebaikan kerna takut di perli atau diejek oleh orang lain. Bagi saya, saya mencuba sedaya upaya untuk mengubah diri menjadi lebih baik insyallah. Alhmadulilah sekarang saya sedikit demi sedikit dapat mengubah diri saya. Dari saya Darjah  6 menjadi orang jahat, mencuri dan sebagainya. Hari ini, apa yang saya tulis dengan ada blog ini, saya kongsikan kepada anda semua apa yang buat saya berubah menjadi baik .. bersyukur kepada Allah. Tips disini cuma "SEDAR DIRI". Saya harap anda semua dapat mencetuskan pemikiran luar biasa. Terima kasih :)

Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0