view this here

20/09/12

Gaya Remaja Melayu

Hye! kawan-kawan. Pada kali ini, Abg Riz hendak share mengenai gaya pemakaian Remaja melayu kini! Haha..Abg Riz bukannya seorang pereka fesyen tetapi penilai fesyen.eceh! bergurau pulak dah yer. Apa-apa pun Abg Riz kongsikan gaya ikut orang melayu kita ya. Maybe ada sedikit gaya gabungan negara asing. Apa-apa pun, jika kita hendak bergaya... satu yang kita mahu ialah supaya orang senang dekat dengan kita dan tidak rasa 'geli' untuk mendekati kita. Selain itu, kekemasan dan kebersihan memang dituntut dalam islam. OK, apa lagi, bacalah terus yaa.. :D


Gaya Untuk Lelaki:

Bagi remaja yang kurus, adalah tampak kacak bila anda memakai pakaian yang sebegini rupa. Dari atas hingga ke bawah tampak kemas dan bergaya. Ingat, tak perlulah memakai seluar yang nampak boxer(seluar dalam) tu dah macam badut da. Ingat! Abg Riz nak pesan, Orang yang memakai seluar londeh sampai nampak boxer, mereka ialah golongan gay. Maaflah kalau ada yang terasa. Tetapi ini Fakta. Berikut adalah gaya yang kacak dan sesuai bagi remaja  melayu :




Nampak bergaya bukan? lagi-lagi kalau anda seorang yang mempunyai badan yang sasa. Hehehe :D
Bagi orang yang berbadan besar, anda jangan memulaukan diri anda atau pun berasa terpinggir. Tidak semestinya orang yang berbadan besar tidak boleh berfesyen. Sebenarnya, bagi lelaki yang berbadan besar, apa yang perlu ialah anda kena sentiasa menjaga kebersihan diri serta kemas. Untuk tambahan, jika anda sedar bahawa kawan-kawan anda tidak menyukai bau anda, belilah minyak wangi Boss ke, Dunhill ke, atau apa-apa minyak wangi. Kalau boleh yang halal supaya mudah untuk di bawa solat. Abg Riz jamin punya, ramai kawan dan perempuan akan tertarik dengan anda! Rambut disikat kemas dan berminyak, memakai jam tangan atau pun gelang tangan,cincin(pakai di bahagian jari kelingking atau jari manis) dan sebagainya. Seeloknya juga memakai baju yang berjalur atau pun berkemeja. :P  bagi tampak lagi comel atau macho, jangan kedekut dengan senyuman. Abg Riz dapat tahu, rupa paras bukan ukuran, sebenarnya dalaman perlu dicantikkan. :)

Bagi Perempuan :

Bagi Abg Riz, perempuan yang mempunyai susuk badan yang menawan sama ada kurus atau pun sederhana, anda perlulah memakai baju kurung, bukan ke sekarang ada baju kurung moden yang tampak cantik dan bergaya serta menawan. Cuba Anda membeli majalah-majalah wanita muslimah yang berada di pasaran. Anda akan mendapat pelbagai tips. Abg Riz 'kefahaman', ada antara anda yang tidak gemar memakai tudung. Huhh~ itu terpulang kepada anda, tapi jika kita sedar yang kita ini hamba-Nya, kita pakailah tudung. Bukankah tudung pun dah di modenkan? ahahaa... :D tapi ingat, bertudung bukan untuk berfesyen, tetapi untuk menutup aurat kerana-Nya :P  seperti biasa, cantikkan hati dahulu, baharu cantikkan fizikal :D . Kepada perempuan yang berbadan besar, anda layak untuk berfesyen, tapi janganlah buat-buat badan tu macam kurus sangat. Pakai baju ketat dan sendat sampai lemak pun nampak terburai-burai. ahaha~ so, cari baju yang bersesuaian dan selesa. 

Kepada wanita yang suka memakai tudung bagi tujuan menutup aurat . Zaman sekarang ni ada macam-macam fesyen tudung yang boleh anda pakai. Seperti tudung Fareeda, tudung Pashmina, dan lain-lain lagi la! yang penting, pandai-pandailah ubah tudung tu jadi labuh sikit. Sebab pereka fesyen ni nak jimat ruang.. so, dia buat singkat-singkat. Berikut  adalah fesyen tudung Pashmina dan cara memakainya... ( foto kiri dan bawah)

   Dari segi pakaian pula, hari itu Abg Riz ada jalan-jalan di bandar. Abg Riz ternampaklah sekumpulan perempuan ni memakai pakaian yang menarik. Subhanallah~ cantik sangat. Tu yang Abg Riz berminat nak kongsikan kepada anda semua. Fesyen ini memang terkenal, tetapi ramai takut untuk memakainya. So, anda kena beranilah! ahah~ yang memakai seluar berwarna merah itu nama seluar itu ialah seluar palazzo. berikut ialah fesyen terkini... foto sebelah ----> rujukan:
http://dalzbuttoncraft.blogspot.com/

 Tak Ada lelaki yang minat perempuan berbadan besar yang berpakaian ketat-ketat. Ini Fakta! Apa-apa pun, apa yang kita lakukan mestilah niat hanya kerana-Nya ;)semoga anda semua mendapat sedikit info yang tak seberapa nak okey sangat ini untuk membuat penilaian dalam hidup :) semoga      anda berjaya mengubah diri anda dan pemikiran anda sejurus itu dapat mencetuskan pemikiran luar biasa! assalamualaikum?

Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0