Assalamualaikum?
Untuk pengetahuan semua, kebanyakan cerita-cerita yang saya postkan semuanya ada berkaitan dengan air 'TEH O'. Ini kerana air tersebut dapat menenangkan minda dan merehatkan badan serta ia juga dipanggil Air pembuka kepada pertemuan dan mengeratkan sillaturrahim juga sebagai penutup segala pertemuan. Tidak kiralah pertemuan bersama rakan atau keluarga. Saya mengetahuinya dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Banyak kebaikan TEH O Suam ni. Berikut saya senaraikan kebaikannya:-
1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
4. Minum teh dapat menglambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser
**Semoga anda semua mendapat ilmu yang sedikit ini untuk mengubah cara pemikiran hidup anda dan terus mencetuskan pemikiran luar biasa! :) Terima Kasih.
**Semoga anda semua mendapat ilmu yang sedikit ini untuk mengubah cara pemikiran hidup anda dan terus mencetuskan pemikiran luar biasa! :) Terima Kasih.
Wah! banyak jugak khasiat teh ni.. :)
BalasPadam