view this here

2/07/12

Datang Lewat Ke Sekolah


Huh~ Hari ini hari isnin. Hari perhimpunan rasmi persekolahan. Seperti biasa saya hadir ke sekolah lewat. Bukan sengaja untuk saya hadir ke sekolah lewat, ada sebab-sebab tertentu yang buat saya lewat. Kepada kawan rapat saya, mereka semua tahu kenapa saya lewat. Saya sedaya upaya untuk hadir ke sekolah awal, tapi masa sangat menceburui saya. Saya tak ada niat hendak jatuhkan prestasi sekolah malah saya berazam untuk mengharumkan nama sekolah saya.

       Hadir sahaja di sekolah, saya ditahan dan di suruh berdiri di tengah-tengah tapak perhimpunan di antara pelajar-palajar yang berjumlah kira-kira 1400 pelajar sambil di perhatikan mereka. Bukan saya sahaja yang berdiri di tengah tapak  perhimpunan itu, tapi ada lagi beberapa orang. Jadi, yang malu sayalah, kerana cikgu AIM pelajar Tingkatan 6 Rendah. Cuma saya seorang sahaja, malulah saya. Dalam hati saya, saya bersyukur kerana Allah beri saya ujian sebegini rupa. Didalam hati saya rasa gembira kerana saya ikhlas bantu mak saya. Saya tidak hairanlah di denda macam mana sekali pun.

      Setelah habis sahaja perhimpunan rasmi itu, saya pun beredar dan menuju ke bilik kuliah. Sambil menuju ke bilik kuliah saya di ejek dan di perli. Ramai yang menunding jari ke arah saya. Mereka bercakap belakang. Saya cuma dapat pekakkan telinga saya sahaja. Dengan itu saya membuat keputusan untuk berdiam diri. Apabila saya diam, ramai bertanyakan saya. "kenapa dengan kau ni? " semua ajukan soalan yang sama. Saya hanya mampu senyum dan cakap "tiada apa-apa" . Setelah keadaan semakin tenang, di sebelah petang waktu MUET saya dimalukan lagi. Cikgu berkata "tadi ada pelajar lower six berdiri di tengah tapak perhimpunan. Memang agak tak eloklah memandangnya" sambil memandang ke arah saya. Saya tak kesahlah, mungkin ada kebaikannya. :) syukur alhamdulilah.. 

    "Pada Hari Ini Aku Dimalukan, Mungkin Suatu Hari Nanti Dengan Berkat Malu Ini Aku Akan Mendapat Kejayaan."

1 ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0