view this here

1/07/12

Cara Belajar Remaja Terkini

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah.


   Semestinya semua pembaca entry ni tertanya-tanya kenapa saya membuat Tips Belajar untuk remaja terkini di zaman Milenium ni. Tapi kalau ada sesiapa yang rasa Tips saya bagi ini kurang memuaskan, anda boleh tinggalkannya kerana ini adalah cara saya tersindiri. Saya just share. Saya rasa ramai remaja diluar sana ingin menuntut ilmu tetapi bermacam-macam perasaan yang timbul. Ada yang berkata dirinya bodoh dan tak boleh bawa. Astagfirullahalazim...tak baik tu ye kawan-kawan. Jadi, sebenarnya tips ini saya tujukan kepada lelaki. Ok, sebelum saya mengeluarkan kata-kata yang berbunga, saya akan terus taip cara-caranya:-

Perkara Pertama sebelum memulakan Pembelajaran:

   1) Tenangkan diri.
       -Sebelum anda hendak belajar anda perlu tenangkan diri serta kosongkan minda. Sepatutnya ambil air teh O panas duduk seorang diri di mana-mana tempat yang tenang. Banyakkan selawat ke atas nabi. Bagi saya, saya suka tenangkan diri didalam bilik sambil dengar lagu dan minum air teh O panas. Kadang-kadang pergi ke Masjid. Fakta! jika kita ke masjid akan mendapat ketenangan.

   2) Sentiasa senyum.
       -Apabila anda senyum pada orang lain, anda akan merasakan ketenangan didalam hati. Bukankah senyum itu sedekah.

   3) Bercampur orang.
       - Kita ni perlu pandai memilih kawan. Bagi saya, saya tak kiralah kawan tu macam mana tapi yang penting kita tetap dengan pendirian kita sebagai remaja yang BAIK. Kita perlu ramah supaya orang senang dengan kita. Bila orang senang dengan kita, orang akan mendoakan kita.

   4) Bergembira.
       - Kita perlulah sentiasa bergembira supaya kita tidak mendapat sakit kepala. Apabila kita gembira, kita secara automatik membuang sebarang masalah yang menggangu fikiran kita.Apabila masalah kita dapat mengatasinya dan secara tidak sengaja menaikkan seri pada muka kita dan orang sekeliling senang melihat kita.

   5) Buang Fikiran Negatif.
      - Hendaklah para remaja membuang fikiran negatif ini kerana ia adalah  salah satu masalah atau virus yang merusakkan pemikiran kita. Caranya ialah dengan sentiasa beristigfar dan perlulah memakan manisan. Seelok-eloknya buah kurma atau kismis.

Perkara Kedua memulakan Pembelajaran:

   1) Baca Doa sebelum Belajar.


       - Ini akan dapat mententeramkan jiwa dan dapat menghalang sebarang gangguan.

   2) Ambil Masa Yang Tepat.
      - Seperti saya, saya mengambil masa belajar antara Jam 12 Malam sehingga 2 pagi. Ini kerana suasana pada waktu itu ia agak aman dan damai. So, segala yang kita baca ia dapat fokus terus masuk kedalam otak.

   3) Buat UlangKaji.
      - Setelah kita baca dan ingat, kita perlulah menulis semula apa yang kita hafal dan cuba fahamkan.

   4) Cari Kawan Yang Terbaik.
      - Faktor memilih kawan adalah satu cara untuk belajar. Dengan kita memilih kawan yang pandai dan yang benar-benar ingin belajar, kita sama-sama dapat membuat "study group" dan sama-sama mendapat ilmu. Pabila kita sama-sama berkongsi ilmu,kita akan cepat mengingati apa yang kita belajar.

    5) Bersuka-suka, belajar-belajar.
      - Tersebut adalah prinsip saya. Ini kerana kita tak selalunya memandang pada ilmu apa yang kita belajar. Ilmu duniawi dan akhirat perlu kita ketahui. Saya bersuka dan bersuka adalah salah satu cara untuk mengembangkan minda saya.
    6) Cuba selerakkan buku-buku.
      - Saya rasa cubaan menyelerakkan buku-buku pelajaran di sesuatu tempat didalam rumah adalah yang terbaik iaitu dengan meletakkan buku-buku pelajaran di meja ruang tamu, di sofa, di mana-mana sahaja supaya nanti apabila anda bosan dan tiada apa ingin lakukan, anda berehat di sofa atau di ruang tamu, anda terfikir mengenai membaca buku-buku pelajaran. Tiba-tiba anda malas untuk ke bilik untuk mengambil buku tersebut kerana malas untuk bangun. Jika anda sudah selerakkan buku pelajaran di ruang tamu,di sofa dan dimana sahaja di dalam rumah, ia akan lebih memudahkan anda. Oleh itu, ada juga anda membaca sedikit demi sedikit setiap hari daripada tak ada. Betul tidak? :)

# Okey, ada pelik? Jika pelik dan ada rasa anda boleh ikut, saya berdoa semoga kalian berjaya!

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita perbuat, orang lain menilai kita berdasarkan apa yang telah kita perbuat."

Sekian terima kasih dari saya MUHAMMAD RIFAAT ZAHRAWI .




   


Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0