view this here

17/06/15

Belajar sesuatu yang baru

Assalamualaikum?

    Hari ini syukur alhamdulillah Abg Riz dapat belajar ilmu baharu dimana ilmu tu datang sewaktu hendak menolong sahabat Abg Riz iaitu Amir. Pejabat ibu Amir berpindah dari Merlimau Melaka ke Ayer Keroh atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, Amir meminta bantuan Abg Riz dengan seorang sahabat Abg Riz iaitu Nazmi. Bantuannya tidak seberat mana cuma memasang karpet didalam pejabat ibunya.

   Pada awalnya kami hanya pasangkan sahaja dan membuat ala kadar, tiba-tiba datang satu khidmat pembaris besi dan terus datanglah satu idea dimana idea itu digunakan untuk memotong karpet tersebut dengan lurus dan kemas. Satu persatu kami buat, sehingga kami nampak kekemasan yang terhasil terutama bahagian hujung-hujung karpet. Dengan secara tiba-tibanya semangat kami berubah menjadi seronok untuk mengemas setiap hujung-hujung karpet. Selesai sahaja kami menyiap memasang karpet sehingga membuat kemasan, kami berasa sangat puas hati terhadap kerja yang kami lakukan tanpa ada sebarang kemahiran. Abg Riz rasa tak lama mana pun buat benda ni, cuma sejam setengah sahaja.

Berikut gambar kejadian:



Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0