view this here

15/12/12

Pentingnya menuntut ilmu


 Hari-hari aku berangan hendak menjadi orang yang genius. Orang berjaya "Mencetuskan Pemikiran Luar Biasa". Aku teringin sangat menjadi orang yang berjaya mencipta sesuatu untuk negara demi islam. Aku mahukan ilmu, betapa aku hauskan ilmu Allah. Aku mahu kaut semua ilmu sama ada ilmu dunia mahu pun akhirat. Ini adalah semata-mata kerana Allah dan untuk islam. Disebabkan itu, ia telah menyebabkan aku bersemangat menulis 'post' ni untuk di kongsikan bersama-sama pembaca setia blog aku ni. Selain itu juga, mari kita sama-sama berfikir bukan mengikut logik akal, tetapi dengan mengkaji al-Quran dan hadis yang sahih!.

   RAKYAT MALAYSIA.

  Seperti perkataan di atas, ia adalah satu masyarakat yang dikenali sebagai orang yang berbudi bahasa. Bukan sahaja berbudi bahasa, tetapi majoritinya ialah orang melayu yang beragama islam. Bagi orang yang beragama islam, bahawasanya kita tahu bahawa islam itu adalah indah jika kita benar-benar mengikut apa yang tertulis di dalam al-quran dan hadis. Aku tak mahu ceritakan apa didalam al-quran dan hadis kerana aku bukan orang yang tinggi pengetahuan seperti ulama. Takut-takut akan terpesong. Tetapi, aku akan ceritakan mengenai "Pemikiran orang kita".

   Disini tuan-tuan dan puan-puan dapat melihat sendiri dan bersama-sama kita berfikir dengan teliti dan logik  bagaimana  pemikiran orang kita. Di Malaysia ini ramai orang yang cerdik pandai, tetapi tidak semestinya orang yang pandai itu benar-benar pandai. Orang kita, aku tidak akan sebut "orang melayu" sebab aku tidak mahu orang akan berfikir lain atau tersilap. Cara pemikiran orang kita amat senteng hal ini kerana kita tidak berpengetahuan tinggi. Kita tidak sentiasa membaca buku-buku, terjemahan al-quran, hadis, dan ilmu2 lain serta tidak mengkajinya. Orang kita yang tidak selalu membaca dan tidak berminat dalam motivasi, mendengar ceramah ilmu, dan sebagainya akan hanyut di pengaruhi oleh media massa. Orang kita yang tidak suka membaca akan mudah di tipu dengan begitu mudah.

  Mari kita lihat orang-orang di negara luar dari Malaysia. Kita ambil contoh di Jepun, bukan aku nak banggakan orang Jepun atau orang kafir. Tapi kita ambil contoh yang baik. Tak salah di sisi agama pun. Kita lihat anak-anak, remaja dan golongan tua di setiap tempat pada tangan mereka melekat dengan buku. Di mana sahaja mereka berada mereka akan membaca. Tidak seperti anak-anak dan remaja "orang kita" . Dimana-mana sahaja bukannya ada buku, tetapi 'handphone' dan sebagainya. Orang kita suka menggunakan gadjet atau barang elektronik ini kerana ia amat menghiburkan. Disebabkan orang kita lebih kepada IT, penerimaan maklumat yang secara langsung mereka dapat adalah kebanyakkan tidak sahih! sebelum itu aku ada cakap "orang kita yang kurang membaca dan tidak ambil tahu mengenai dunia, isu sesama, ceramah dll. Akan mudah terpengaruh dan percaya dengan media massa,kadang-kadang tertipu" . 

  Sasaran utama penipuan dan pengaruh iaitu pertama sekali kanak-kanak yang menggunakan laman sosial. Mereka mendapat ilmu yang tidak sahih seperti Hadis palsu. Mereka sebagai kanak-kanak yang masih mentah mudah mempercayai perkara tersebut sama seperti remaja yang kurang membaca hanya percaya dan menarik membaca hadis tersebut terus berkongsi bersama rakan facebook yang lain. Tanpa unsur periksa dan mengakaji sama ada hadis tersebut benar atau tidak, mereka sesuka hati kongsikannya. Akhirnya, ramai anak-anak dan remaja sesat! . Membaca itu penting dan menkaji juga penting. Apa-apa pun kita hendak membuat keputusan, semak al-quran dan hadis yang SAHIH! 

  Kesian aku melihat orang yang seperti "kerbau di cucuk hidung" yang hanya mengikut apa sahaja orang lain buat. Orang dulu-dulu kata "orang makan tahi, kau pun makan tahi". Aku tak mahu orang kita seperti dalam peribahasa tersebut. Aku sayangkan orang kita. Orang kita jika berilmu tinggi, sentiasa membaca bahan ilmiah, mengkaji dan berfikiran jauh. Pasti akan dapat mengalahkan orang-orang asing terutama orang kafir!. Kita ketepikan fahaman masing-masing. Kita berfikir dan mengkaji dalam membuat apa-apa keputusan. Orang kita perlu berfikiran jauh dan logik! Orang kita Boleh! orang kita islam ialah orang yang terbaik dan di berkati Allah S.W.T!


MARILAH MENUNTUT ILMU, BANYAKKAN MEMBACA DAN MENGKAJI! YANG PENTING GUNAKAN AL-QURAN DAN HADIS! PERLULAH BERFIKIRAN LOGIK DAN JAUH DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN. TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI!

Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0