view this here

Dilarang sama sekali!

Dilarang sama sekali!

Advertisement

24/05/17

Berusaha Bersungguh-sungguh rugi? Kenapa???


Jika kita ingin berjaya tanpa usaha itu adalah sia-sia sama seperti kosong jika didarabkan dengan beribu-ribu, berjuta-juta, jumlahnya tetap kosong juga. Ini bermakna berfikir tanpa berbuat apa-apa sama seperti melakar sesuatu tanpa menyatakannya adalah sia-sia juga. Kita manusia ibarat menilai sesebuah seni itu, mereka akan mendalami dan alami sesuatu lukisan itu dengan penuh penghayatan dan memahaminya. Manakala yang tidak mempunyai kepakaran dalam memahami sesuatu lukisan itu mereka hanya melihat lukisan itu kosong tiada apa-apa. Kita dapat melihat bagaimana cara manusia itu sendiri menilai, berfikir dan memahami dalam tiap perkara. Fikirlah sejenak...

Kata-kata Power Pembakar Semangat


Semakin kita hampir sampai ke puncak kejayaan makin besar dugaan yang kita terima. Dugaan hidup yang kita lalui bukan kita seorang sahaja yang hadapinya cuma tiap orang lain dugaan mereka. Sambil kita duduk berseorangan, kita fikir apa lagi yang kita tidak laksanakan hingga pada satu tahap kejayaan itu makin hampir tapi ada segala macam perkara yang menganggu kejayaan kita itu. Permulaannya sudah nampak. Klimaksnya cuma disitu sahaja. Bukan kita tidak usaha, cuma selepas klimaksnya tiada pengakhirannya. Kita cuba merungkai dan merobek satu persatu apa yang masih kita belum laksanakan sehingga kejayaan kita disekat dan terus disekat. Memang kita berharap pada sesuatu itu tinggi, tapi dengan berharaplah kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan. Sabar dan terus bersabar. Kejayaan itu pasti milik kita yang penting kita usaha dan terus berusaha bagi mencapai kejayaan tersebut. Terus kuat dan jangan pandang belakang, teruskan percaya apa yang kita sasarkan dan abaikan atau hiraukan apa orang lain cakap. Masa kita ingin memulakan sesuatu ramai mulut orang yang akan berkata "itu tak bagus, ini tak bagus" hakikatnya bila kita berjaya kelak mesti mereka akan memuji dan menyanjung kita. Pabila kita sudah senang, mereka cakap kita ni lupa mereka sedangkan mereka tak nampak dan mereka tak ada pula semasa kita terjatuh tergolek. Ada pula yang rasa diri itu bagus atau baik sangat sampai dengan siapa dulu mereka kenal dah pandai jatuh hukum dan mulalah cari keselesaan baru macam kita ni mundur atau nak menjatuhkan mereka. Ini semua 'Sembangggg...'

16/04/16

Khasiat Saffron

Sebelum ini Abg Riz ada memperkenalkan herba termahal didunia ini iaitu koma-koma atau lebih dikenali sebagai Saffron dalam bahasa Arabnya Za'faran. Kalau kita menonton rancangan masakan di kaca tv pasti akan melihat chef tersebut memasukkan saffron terutama di dalam rancangan Spice Routes di TV3.

Kali ini Abg Riz ingin berkongsi kelebihan atau khasiat saffron ini. Apa ya khasiat atau kebaikannya? mahal-mahal tak akan la tak ada khasiat bukan? okey scroll down lagi...


Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.

 Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

 Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

KHASIAT SAFFRON : 

 Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan
Selain membantu mendapatkan bayi yang comel, cerah, gebu, sihat dan pintar, ia juga berfungsi untuk:
-Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.

-Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
-Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
-Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
-Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

-Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B
-Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
-Menambahkan tenaga zahir dan batin
-Masalah mati pucuk, sembelit
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
-Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain                     

Apakah itu Koma-koma??

Assalamualaikum para pembaca?
Kali ini segmen kesihatan/info dari Abg Riz ialah untuk memperkenalkan lebih dekat lagi rempah yang termahal di dunia ini iaitu koma-koma.

Apakah itu koma koma?

-Koma-koma, kumkum atau safron merupakan sejenis rempah (Crocus sativus). Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit per sekilo.

       Saffron, bumbu kari yang banyak digunakan untuk masakan khas Timur Tengah dan India. Bumbu yang terkenal dengan sebutan koma - koma ini merupakan pewarna alami sekaligus penyedap rasa yang bagus untuk kesihatan.

Saffron mengandungi crocin sebagai salah satu bahan pewarna karotenoid. Zat ini membuat makanan menjadi berwarna kuning keemasan.

Saffron juga mengandungi banyak zat anti-karsinogenik, anti-mutagenik, immunomodulasi, dan antioksidan. Biasanya digunakan pada masakan Asia seperti masakan India, Arab, atau Turki. Saffron juga sering digunakan untuk pewarna pada kuih-kuih, minuman, masakan, dan minuman keras.

 Kenapa ianya mahal?

-Ternyata saffron berasal dari tangkai putik bunga crocus sativu. Kerana jumlah putiknya sedikit maka saffron termasuk rempah termahal di dunia. Bunga saffron sendiri berwarna ungu dan hanya memiliki 3 tangkai putik dalam 1 bunga.

Tangkai putiknya memiliki tekstur yang halus seperti benang berukuran 2 - 4 cm. Putik bunga saffron berwarna oren terang seperti kunyit dan berkualiti tinggi.

Apa rasa rempah termahal ini?

 -Saffron memiliki rasa sedikit pahit di lidah dan aromanya legit.

 Rempah-rempah ini ternyata telah dibudayakan sejak 3000 tahun yang lalu. Sebahagian besar bunga saffron ditanam di wilayah Mediterania hingga ke timur wilayah Kashmir. Setiap tahun, para petani dapat menghasilkan sekitar 300 ton saffron dari seluruh dunia. 

Beberapa negara penghasil saffron di dunia adalah Iran, Spanyol, India, Yunani, Azerbaijan, Maroko, dan Italia.
Ada banyak khasiat Saffron ini, anda boleh rujuk disini Khasiat saffron
 

 Namun berhati-hatilah jika mengkonsumsinya terlalu banyak. Jumlah pengambilan  yang terlalu banyak dapat menimbulkan kesan keracunan. Jadi sebaiknya gunalah saffron dengan jumlah yang sewajarnya.

23/11/15

Sebab saya sayang awak?


"Sebab mengapalah saya sayang awak?"
Persoalan di atas biasa terlintas difikiran apabila baring diwaktu malam nak layankan mata untuk tidur. Ianya bukan sahaja kita yang terfikir, persoalan ini biasa ditanya oleh kekasih kita. Setuju?

Persoalan yg di tanya sama sahaja.. "kenapa awak sayang saya? sebab apa awak sayang saya??"

Soalan ini pun dah macam buat kira-kira math guna kalkulator akhirnya jawapan yang dapat hanya "syntex error" ye tak?

Kalau macam tu, marilah saya cerita sikit. Sayang ni tak perlu tanya mana datang puncanya. Kita sudah semestinya tahu perasaan sayang tu Allah S.W.T yang beri. Sayang ni kalau bersebab hanya dua perkara. Pertama, sayang pada keluarga. Bila di tanya sebab apa sayang? sebab dia adik beradik atau sebab parents dan yg kedua sayang pada barang yang istimewa. Bila di tanya sebab apa sayang? sebab barang tu 'special sangat'.

Yang kedua diatas ialah sayang yang bersebab. Sayang yang ni pula sayang yang tak ada sebab dan kalau bersebab mesti jadi tak ikhlas, iaitu sayang pada seorang yang istimewa sudah tentulah kekasih kita. Bila kekasih tanya " sebab apa awak sayang saya?" jawapannya mudah sahaja ...



" Jika saya sayang awak bersebab maknanya saya tak ikhlas sayang awaklah".

Aip! kenapa begitu? haaa... jawapannya adaaa...

" Kalau saya sayang awak bersebab, contohnya saya sayang awak sebab awak cantik. Nanti bila awak dah kemalangan muka dah tak cantik, saya dah tak sayang awaklah. Kalau sayang awak sebab awak kaya. Nanti bila awak dah tak kaya, saya dah tak sayang awaklah. ke gitu?"

Oleh itu, kena faham-fahamlah yee...

Persoalan lagi timbul... kekasih awak bertanya " Awak sayang saya ?" kamu pun jawab " mestilah sayanggg...sayang sangat-sangat!".

Lepastu kekasih awak tanya lagi " sayang saya sangat-sangat tu berapa banyak??" hahha..
ini juga persoalan yang tiada nilai hasil setelah ditambah tolak bahagi darab semua. Jangan risau... kita ada jawapannyaaa..

"Sayang tidak boleh dikira banyaknya, sebab sayang itu cuma perkataan yang ditulis di atas kertas atau disebut secara lisan. Jadi, sayang tu boleh dirasa dan dikira melalui perasaan sahaja. Kalau kamu sayang aku, kamu pun turut sama rasa sayang itu lebih atau pun kurang. Sebab semuanya didalam hati".

Begitulah, sayang itu terbatas dan cinta itu tidak semestinya memiliki. Jadi berbijaklah dalam berkata-kata. Semoga info ini berguna pada semua.

17/06/15

Belajar sesuatu yang baru

Assalamualaikum?

    Hari ini syukur alhamdulillah Abg Riz dapat belajar ilmu baharu dimana ilmu tu datang sewaktu hendak menolong sahabat Abg Riz iaitu Amir. Pejabat ibu Amir berpindah dari Merlimau Melaka ke Ayer Keroh atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, Amir meminta bantuan Abg Riz dengan seorang sahabat Abg Riz iaitu Nazmi. Bantuannya tidak seberat mana cuma memasang karpet didalam pejabat ibunya.

   Pada awalnya kami hanya pasangkan sahaja dan membuat ala kadar, tiba-tiba datang satu khidmat pembaris besi dan terus datanglah satu idea dimana idea itu digunakan untuk memotong karpet tersebut dengan lurus dan kemas. Satu persatu kami buat, sehingga kami nampak kekemasan yang terhasil terutama bahagian hujung-hujung karpet. Dengan secara tiba-tibanya semangat kami berubah menjadi seronok untuk mengemas setiap hujung-hujung karpet. Selesai sahaja kami menyiap memasang karpet sehingga membuat kemasan, kami berasa sangat puas hati terhadap kerja yang kami lakukan tanpa ada sebarang kemahiran. Abg Riz rasa tak lama mana pun buat benda ni, cuma sejam setengah sahaja.

Berikut gambar kejadian:



9/12/14

Perkara yang berbahaya pada lelaki untuk kekasih


Haii kawan-kawan!
Abg Riz ingin berkongsi sedikit mengenai cerita yang berbahaya kepada lelaki. Apa yang bahaya tu ? haaaa...mari baca lagi..

     Didalam perhubungan, kita sering sahaja memikirkan perkara yang terbaik untuk melanjutkan hubungan. Ye tak? ok, dalam cerita ini Abg Riz bercerita mengenai kisah lelaki. Perempuan yang baca boleh baca dan memahaminya. Mungkin ada segelintir atau separuh perempuan diluar sana yang setuju dengan apa yang Abg Riz kongsikan. Jika ada apa-apa idea, boleh kongsikan dan tinggalkan komen anda :)

     Pertama sekali Abg Riz ceritakan apa yang dimaksudkan lelaki apabila mereka berkata-kata sewaktu marah, sedih , dan sebagainya. Perkara yang perempuan kena tahu ialah lelaki ini biasanya cakap sahaja benda-benda mengarut, bukannya untuk sakiti hati kamu dan lelaki ni tak maksudkan langsung apa yang dilontarkan dari mulutnya. Lelaki ingin perempuan itu faham mengapa dia berkata sesuatu. Cuma perempuan ini dia ada sedikit perasaan yang "bersabar" tetapi hakikatnya cepat melenting walaupun nampak tenang.
  
     Satu hal perempuan ni, dia akan meletakkan dirinya terlampau bawah dan bawah. Contohnya, "Yelaa, saya ni kan tak cantik , tak pandai... tak mengapalah". (dalam situasi tegang ). Lelaki cuba pujuk, pujuk dan pujuk, tetapi perempuan itu tetap keras kepala dan terus merendahkan diri dan terpaksa menyalahkan diri sendiri malahan memerli lelaki tersebut. Dalam situasi ini , lelaki kena bertindak professional dan banyak bersabar. Sebenarnya dalam hal tersebut, lelaki banyak terguris. Apabila lelaki berkata "yelaa..kalau saya ni tak baik, kejam , ape sume ..awak pergilah cari lain ". Haaa.!!! lelaki kena berhati-hati dengan ayat tu. Sebab apa? sebab..ada segelintir perempuan tak suka dengan ayat tersebut.

     Ada sesetengah perempuan yang tak boleh terima dengan ayat macam tu. Bagi lelaki, itu adalah ayat biasa dan ayat itu adalah ayat hikmat lelaki. Lelaki keluarkan ayat tersebut adalah untuk melihat seseorang perempuan itu mahu terima dia atau tidak. Jika perempuan itu mahukan dia, perempuan itu mesti akan memujuk lelaki tersebut. Itu bagi perempuan yang memahami lelakilah. Biasa perempuan akan cakap "faham" tapi apa yang dia cakap tak pernah maksudkan pun. Cuma sesetengah la. Bila perempuan itu terus cakap " awak dah halau sayakan? ok saya pergi". Maknanya perempuan itu memang hendak lari dari kamu. Dia sayangkan kamu, tetapi dia sudah semak dan sakit hati dengan kamu.

    Apabila dalam situasi ini, let she go. Itu lah hakikatnya. Kita sebagai lelaki tak boleh memaksa. Hal ini kerana, perempuan ni kalau boleh kita kena jaga semuanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Menjaganya seperti berlian. Tak boleh calar, retak, pecah dan sebagainya suapaya harga tak turun. So, lelaki kena bersabar dan jangan pernah mengungkit apa kesalahannya yang lepas dan pada waktu itu. Mungkin ini tidak adil. Tapi itulah hakikatnya seorang lelaki. Bila kita faham perempuan, perempuan akan uji kita. Bila masa kita tak faham, lagi dia merahsiakannya. Bila kita cuba memahaminya, dia cuba buat kita tekanan. Lelaki memang kena banyak bersabar.

   Lelaki bila sayangkan seseorang perempuan, kita akan pujuk pujuk pujuk dan pujuk. Kalau perempuan itu tak boleh terima, itu bermakna dia nak pergi dari kita. So, lelaki kena lapangkan dada dan biarkan dia dengan keputusan dia. Hormati dia. Mesti ayat mereka akan keluar seperti ini " awak baik, awak boleh dapat lagi baik" - ayat ni kalau ikutkan sampai bila-bila kita tak akan dapat perempuan yang terbaik. Bhahaha! setiap perempuan kita kenal akan cakap benda sama. Oleh itu, wahai lelaki Abg Riz nak ingatkan, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan sebagainya. Kadang2 ayat yang kita fikir biasa, itu adalah musuh utama. Good Luck! semoga artikel ini memberi idea baharu dan membuatkan anda (lelaki) lebih professional dalam perhubungan. Sekian terima kasih :)
KEEP IN TOUCH, LOVE ITS MUCH!

    

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0