view this here

20/07/12

Doa Pelindung Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada kali ini saya ingin berkongsi doa pelindung diri. Kenapa saya kongsikan doa ini?. Saya kongsi doa ini adalah kerana bersama-sama kita jauhkan segala malapetaka yang tidak diingini berlaku kepada kita. Semoga hari-hari kita sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t dan diberikan petunjuk serta juga diberkati dan ditunjukkan jalan yang lurus. :)   ok,mari kita sama baca doa ini berserta petua beramal ..


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.






Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

Petua Beramal:

  • Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  • Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

“…hanya padaMu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya padaMu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN” (Al-Fatihah, ayat 5)
 Saya dapatkan ini dari rakan blog. Untuk keselamatan bersama :)


Tiada ulasan:
Write ulasan

Haii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"

Advertisement

google.com, pub-1354138219716541, DIRECT, f08c47fec0942fa0