Hye! semua, episode kali ini saya hendak menceritakan mengenai KCC sesi ke-2 ni.
Untuk pengetahuan anda, di saat awal aku mendapat tawaran ke Kem ini aku berasa sungguh keluh-kesah. Dengar-dengar pula semua yang akan hadir dari satu Malaysia. Huhh..sungguh berdebar-debar beb!
Setelah aku pergi menghadiri Kem tersebut, sangkaan aku selama ini salah. Setelah berada di Akedemi Percukaian Malaysia , mula-mula sahaja check in ostel... ya Allah! punyalah selesa ostel dia, dah macam hotel 4 star taw! Ada Air-cond,televisyen,air panas, satu bilik dua katil, ada kipas, ada cermin, ada bilik air+tandas, meja belajar ada 2,ampaian pakaian ada dua, almari,dan sterika. Selain itu, ada pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti gymnasium,dobi,bilik karaoke, cyber cafe, koperasi,gelanggang futsal,gelanggang tennis,dan bola keranjang.
Selepas itu, sudah check in apa semua... pergi pula ke dewan makan. Fuhh! dah macam hotel! Makanannya bertaraf 4 star! Sedap-Sedap! bayangkan makan 1 hari 6 kali! WAw! Itu baru keistimewaan tempat-tempat di Akademi Percukaian Malaysia. Pada hari ke-duanya pula, telinga dan otak kami dibasahi oleh taklimat serta motivasi .. yang semestinya ianya datang dari yang paling istimewa Dr Robiah (ummi) yang familiar keluar dalam MHI(malaysia hari ini-tv3) Dan SPM (selamat pagi malaysia-tv1). Begitu semangat DR Robiah memberi motivasi. Yang hebatnya, beliau menguji seseorang dengan hanya melihat individu tersebut meniup belon!. hebat tak? ahahaha...berikut gambar beliau :
Selain itu, disini juga aku dapat belajar mengenai cukai. Cukai ini untuk pengetahuan anda, ia adalah pendapatan negara. Jika kita mencintai negara kita, inginkan keselesaan dalam hidup, inginkan kemajuan, dan mahukan transformasi.Kita mestilah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan cukailah, kebajikan masyarakat terjamin terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Cukai inilah digunakan bagi membayar gaji pekerja, pembangunan seperti Pembinaan hospital,jalan raya,balai polis, dan lain-lain kemudahan.
Disamping itu juga, di akhir Kem ini... aku dan semua peserta-peserta Kcc ini perlu membuat persembahan yang di beri tajuk "cintailah negara kita". Fuhh~ punyalah kelam kabut dibuatnya. Aku yang dari Kumpulan 7 berasa sangat risau kerana pada sebelah petang sebelum persembahan, kita bertungkus lumus membuat latihan. Kami sangat risau kerana latihan kami amat teruk. Apabila mula sahaja acara persembahan yang sebenar, syukur alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Terima Kasih Semua kerana memberi komitmen yang baik! Tahniah untuk anda! :)
Akhirnya, kenangan manis terpahat di Kem ini. Aku mengenali ramai kawan yang datangnya dari satu Malaysia dan berlainan dialek. Aku berasa sangat bersyukur kerana mendapat jemputan ini. Terima Kasih Diucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana telah mengadakan program yang sebigini rupa. Untuk anda yang mana bertuah dapat pergi ke Kem ini, seeloknya jangan anda menolak peluang keemasan ini. Aktivitinya amat seronok, kemudahannya pun amat memuaskan! . Kenangan manis bersama kawan baru tak akan aku lupakan. :') Kamu semua memang Terbaik! all the best! semuga kamu semua berjaya dalam hidup dan semoga kita berjumpa lagi! assalamualaikum?
Tiada ulasan:
Write ulasanHaii.. Sila komen dengan baik. Terima kaSih. "hormati orang itu lebih baik dari memburukkan orang"